Islam Ornamental Art 2

Tuesday, August 17, 2010

Sifat-sifat Guru Sesat Yang Patut Dijauhi

SIFAT-SIFAT GURU SESAT YANG PATUT DIJAUHI

1. Percakapan tidak sama dengan pelakuan
2. Mudah tersinggung dan tidak boleh menerima teguran
3. Sukakan sihir dan hal-hal mistik
4. Bergundul
5. Suka dipuji dan meninggi diri
6. Tidak pandai menyimpan rahsia
7. Masih gilakan harta dunia
8. Ajarannya banyak mengelirukan
9. Belajar setahun jagung sedang mengaku alim

Tuesday, August 3, 2010

Tajuk 1 : Pengenalan Tamadun

TANGGUNGJAWAB SESAMA RAKAN

Akhlak Baik

Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang tinggi." (al-Qalam:4) Malah Rasulullah SAW bersabda : " Orang mukmin yang paling sempurna imannya, ialah mereka yang paling baik akhlaknya." (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Kasih Sayang

Sabda Nabi SAW : " Tiada (sempurna) iman seseorang kamu, hingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beri Salam

Sabda Nabi SAW: " Apabila dua orang Muslim berjabat tangan,tidak terpisah kedua telapak tangan mereka, hingga dosa mereka berdua diampunkan Allah SWT." (Riwayat Thabrani)

Rendah Diri

Firman Allah SWT : " Dan sebaliknya hendaklah engkau merendah diri kepada orang-orang yang beriman ( sekalipun mereka dari golongan fakir miskin). (al-Hijr:88). Sabda Nabi SAW : Sesungguhnya Allah telah menurunkan wahyukepadaku : "Merendah dirilah kamu, hingga tiada seseorang membanggakan diri kepada orang lain, dan jangan berbuat kejahatan seseorang terhadap orang lain." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Nasihat
Damaikan Sengketa
Tolong Menolong
Maaf
Tepati Janji
Sayang Menyayangi

TAMADUAN ISLAM DAN ASIA

SALAM SELURUH ALAM

Alhamdulillah........Semoga blog ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak sekelian. Jadikan ia untuk menambah ilmu pengetahuan. Ingat tanggungjawab anak-anak sebagai seorang anak dan juga pelajar amat besar dan perlu dipikul sebagai menunaikan janji anak-anak kepada ibu bapa. Sebenarya kejayaan cemerlang anak-anak merupakan penentu sama ada anak-anak telah melaksanakan janji tersebut ataupun tidak.
Besar harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya dengan cemerlang bukan sahaja di dunia tetap juga di akhirat. Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup, sudah pasti anak-anak perlu menunaikan lima tanggung jawab utama iaitu janji terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa, sesama manusia dan juga pada diri sendiri.
Mmm......tahukan anak-anak sebanarnya, wajib untuk setiap diri kita menuntut ilmu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW : " Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."
Justeru , menuntut ilmu merupakan jihad yang dituntut dalam Islam ke atas setiap penganutnya. Jadi, ayuh anak-anak sekalian! Kita sama-sama belajar dan tingkatkan ilmu pengetahuan kerana ia menjadi bekalan penentu masa hadapan serta darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Selamat Belajar!

Followers