Islam Ornamental Art 2

Tuesday, August 3, 2010

SALAM SELURUH ALAM

Alhamdulillah........Semoga blog ini dapat dimanfaatkan oleh anak-anak sekelian. Jadikan ia untuk menambah ilmu pengetahuan. Ingat tanggungjawab anak-anak sebagai seorang anak dan juga pelajar amat besar dan perlu dipikul sebagai menunaikan janji anak-anak kepada ibu bapa. Sebenarya kejayaan cemerlang anak-anak merupakan penentu sama ada anak-anak telah melaksanakan janji tersebut ataupun tidak.
Besar harapan ibu bapa untuk melihat anak-anaknya berjaya dengan cemerlang bukan sahaja di dunia tetap juga di akhirat. Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya dalam hidup, sudah pasti anak-anak perlu menunaikan lima tanggung jawab utama iaitu janji terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, ibu bapa, sesama manusia dan juga pada diri sendiri.
Mmm......tahukan anak-anak sebanarnya, wajib untuk setiap diri kita menuntut ilmu sesuai dengan sabda Rasulullah SAW : " Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap muslim."
Justeru , menuntut ilmu merupakan jihad yang dituntut dalam Islam ke atas setiap penganutnya. Jadi, ayuh anak-anak sekalian! Kita sama-sama belajar dan tingkatkan ilmu pengetahuan kerana ia menjadi bekalan penentu masa hadapan serta darjatnya lebih tinggi di sisi Allah SWT.

Selamat Belajar!

No comments:

Post a Comment

Followers