Islam Ornamental Art 2

Thursday, November 1, 2012

Takrif Tamadun

Nama Buku Pendapat


 
A.S Hornby dan E.C Parnwell


The Progressive English Dictionary

Civilization membawa maksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

J.R Strayer, Darey Riberio The Mainstream of Civilization, The Civilization Process Civilization mempunyai kaitan yang rapat sekali dengan perbandaran. Malah antara perbandaran dan civilizaton merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Clive Bell Civilization and Old Finds Tamadun merupakan kayu ukur yang dapat menyukat atau menentukan tahap sesebuah tamadun.

Redfield Introduction to the Civilization of India Tamadun adalah satu cara hidup yang dapat diberikan kriterianya. Tamadun juga merupakan beberapa puncak pencapaian sama seperti puncak-puncak gunung dipermukaan yang rata.

Darcy Riberio The Civilised Society Tamadun adalah puncak pencapaian sesuatu masyarakat dalam proses kemajuan.

Karl Wittfogel Approaches To Asian Civilization Tamudun adalah satu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan permikiran dan kebudayaan.

Arnold Toynbee A Study of History Tamadun adalah sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah, tamadun juga ialah satu kumpulan pemikiran dari pelbagai menifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.

Will Deorant History of Civilization Sistem sosial yang menolong manusia bagi meninggikan kedudukan kebudayaan. Seterusnya, beliau mengatakan tamadun adalah satu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan sesuatu masyarakat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan teratur.

Albert Skhweitzer - Tamadun dan perngertiaannya membawa maksud sebagai usaha dan tenaga disifatkan kepada manusia sebagai perbuatan untuk menyempurnakan kehidupan manusia dan melaksanakan kemajuan yang meliputi semua aspek berkaitan manusia dan alam. Bagi mencapai kemajuan itu sesebuah masyarakat haruslah bersedia dengan sikap positif dan berakhlaq terhadap alam dan kehidupan.

Darey Riberio The Civilised Society The Crytallisation of Individual Civilzational Process.

Menurut Pandangan Sarjana Islam:


Nama Buku Pendapat

Dr. Muhammad al-Bahi

al-Din wa al-Hadarah al-Insani

Mendefinasikan tamadun sebagai setiap penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan keperibadian manusia samada berbentuk falsafah, ilmu pengetahuan, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain.

Abdul Rahman Hassan al-Maidani

- Sekumpulan manusia yang membangunkan tamadun di kawasan yang mempunyai kemakmuran samada di bandar atau di kampung

Ibn. Khaldun

Muqaddimah Ibn Khaldun Beberapa keadaan dan peristiwa biasa yang melebihi dari patut, terbit dari peristiwa-peristiwa pembanggunan. Tamadun mungkin bertambah dengan bertambahnya kemajuan.

Prof. Syed Naquib Islam Fahaman Agama Dan Asas Akhlak Keadaan kehidupan insan yang bermasyarakat yang telah mencapai taraf tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.

IBNU BATUTAH


IBNU BATUTAH
Beliau adalah seorang pengembara yang hebat.. Lahir di Tangier 17 Rajab 703 H/ 25 Februari 1304. Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim At-Tanji, bergelar Syamsuddin bin Battutah. Sejak kecil, Ibnu Batutah dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat beragama. Ibnu Batutah begitu tertarik untuk mendalami ilmu-ilmu fikih, sastera dan syair Arab. Semasa remajanya, ketika itu dunia Islam terpecah-pecah kepada beberapa kerajaan dan dinasti.
Namun beliau sempat mengalami zaman kejayaan Bani Marrin yang berkuasa di Moroko pada abad ke-13 dan 14 M. Latar belakang Ibnu Batutah begitu jauh berbeza bila dibandingkan Marco Polo seorang peniaga dan Columbus yang juga pengembara. Di samping memiliki sifat-sifat begitu, Ibnu Batutah juga adalah seorang teologis, sasterawan puisi dan cendekiawan, serta humanis, ertinya melebihi kehebatan dua sejarawan tadi. Dikatakan juga hasil pencapaian Ibnu Batutah yang luar biasa itu, konon telah dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis semasa menjajah benua Afrika dulu.
‘Kehebatan Ibnu Batutah hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah, Marcopolo (1254 M -1324 M)..” Demikian ujar sejarawan Brockelmann mengagumi ketangguhan pengembara Muslim itu.
Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.’ Antara tulisan dalam buku catatannya ‘Rihlah’.
Di situlah mulanya detik perjalanan beliau.
‘Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara, dan Cina. Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu melampaui sejumlah penjelajah Eropah yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 tahun setelah Ibnu Batutah.
Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu Batutah melebihi pencapaian Marco Polo. Tak heran, bila Sarton geleng-geleng kepala dan mengkagumi ketangguhan seorang Ibnu Batutah yang mampu mengarungi lautan dan menjelajahi daratan sepanjang 73 ribu mil itu. Sebuah pencapaian yang tak ada duanya di masa itu.’ Lihat Republika oleh Heri Ruslan ‘Ibnu Batutah, Kisah Sang Pengembara’ yang disiarkan semula web. www.Kebun Hikmah.Com. Khamis, Mei15 2008.
Panjang ceritanya. Ringkasnya, mari kita lihat bagaimana beliau membuat liputan ketika terdampar di Samudera Pasai Asia Tenggara, semasa kerajaan Islam pertama di Nusantara pada abad ke-13M, iaitu di bumi Aceh Serambi Mekah selama 15 hari pada tahun 1345.
Ibnu Batutah melukiskan Samudera Pasai dengan begitu indah… ‘Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah.
Beliau disambut oleh pemimpin Daulasah, Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi, Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibnu Batutah, masa itu Samudera Pasai telah menjelma sebagai pusat studi Islam di Asia Tenggara.
Sultan Mahmud Malik Al-Zahir adalah seorang pemimpin yang sangat mengkedepankan hukum Islam. Peribadinya sangat rendah hati. Ia berangkat ke masjid untuk sholat Jumaat dengan berjalan kaki. Selesai sholat, sultan dan rombongan biasa berkeliling kota untuk melihat keadaan rakyatnya.”Cerita beliau.
Menurut Ibnu Batutah, penguasa Samudera Pasai itu memiliki ghirah belajar yang tinggi untuk menuntut ilmu-ilmu Islam kepada ulama. Dia juga mencatat, pusat studi Islam yang dibangun di lingkungan kerajaan menjadi tempat diskusi antara ulama dan elit kerajaan. Selama berpetualang mengelilingi dunia dan menjejakkan kakinya di 44 negara, dalam kitab yang berjudul ‘Tuhfat al-Nazhar’, Ibnu Batutah telah bertemu dengan tujuh raja yang memiliki kelebihan yang luar biasa.
Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain..
i...Raja Iraq yang dinilainya berbudi bahasa;
ii..Raja Hindustani yang disebutnya sangat ramah;
iii.Raja Yaman yang dianggapnya berakhlak mulia;
iv.Raja Turki dikaguminya kerana gagah perkasa;
v..Raja Romawi yang sangat pemaaf;
vi.Raja Melayu Malik Al-Zahir yang dinilainya berilmu pengetahuan luas dan mendalam.
vii.Raja Turkistan.
Beliau mengakhiri catitan perjalanannya dengan sebuah kalimat, ''Akhirnya aku sampai juga di kota Fez (Moroko).'' Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya, dan meninggal dunia di Maroko pada pada tahun 1377 M. Ibnu Batutah telah memberitahu bahawa pada abad pertengahan, peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara, sejajar dengan raja-raja lain di dunia.
Di situlah antara rahsia yang tersirat di sebalik banyak ayat-ayat Al-Quran memerintah umatnya mengembara dan menjelajah mukabumi seperti Ibnu Batutah itu. Antaranya Surah Ar-Rum: ayat 9, An-Nahl: Ayat 36 dan banyak lagi.
Kesimpulannya, pada saya tidaklah layak nama Ibnu Hasyim nak disejajarkan dengan Ibnu Batutah seperti yang dijelaskan awal-awal tadi. Belalang takkan boleh jadi helang… walaupun sama-sama bunyi akhirnya ‘lang’. Atau nama awalnya sama-sama 'Ibnu'.

Latar belakang Ibn Battutah
1. Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati
2. Dilahirkan di Tamjah @ Tenger sebuah daerah di Magribi pada tahun 703H/1304M
3. Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun
4. Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14 M.
5. Beliau ialah seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.
6. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya.
7. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki.
8. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China
9. Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M.
1. Pengembaraan peringkat pertama:
·                     Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria dan Bongie hingga sampai ke   
            Hafaz.
·                     Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting 
            di Mesir)
·                     Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh Mesir.
·                     Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir menuju ke Palestin melalui 
            Sinai dan mengunjuni Baitul Maqdis
·                     Beliau terus ke utara untuk ke Syria.
·                     Kemudian beliau ke Damsyik (di selatan)
·                     Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.
2. Pengembaraan peringkat kedua:
·                     Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq.
·                     Kemudian beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad.
·                     Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali semula ke Baghdad
·                     Dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah.
·                     Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menghadapi 
            pelbagai cabaran.
·                     Di kawasan selatan Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah untuk 
            pergi ke Parsi.
·                     Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar seperti Syiraz dan Isfahan 
            dan akhirnya sampai di Baghdad.
·                     Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan berada di sana selama kira-kira 2-3 
            tahun untuk mendalami ilmu agama.
3. Pengembaraan peringkat ketiga:
·                     Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur 
            Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain.
·                     Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali 
            ketiga.
·                     Kemudian beliau belayar menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubiah dan Mesir 
            Utara hingga sampai ke Kaherah.
·                     Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.
·                     Kemudian beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.
·                     Seterusnya beliau ke pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.
·                     Beliau berada lebih kurang sebulan di Constantinople,
4. Pengembaraan peringkat keempat:
·                     Setelah menunaikan haji, Ibn Batuttah memulakan pengembaraan peringkat 
            keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia
·                     Kemudian beliau ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afganistan 
            hingga ke kawasan Sungai Indus.
·                     Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.
·                     Di China, beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk 
            Peking.
·                     Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya, Maghribi.
·                     Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.
·                     Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi 
            pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia.
·                     Kemudian belaiau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui 
            padang pasir Sahara.
·                     Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.
5. Menulis bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn Battutah)
·                     Merupakan rekod pengembaraan Ibn Batuttah selama 28 tahun.
·                     Kitab ini telah menarik perhatian sarjana Sejarah di seluruh dunia.
·                     Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, 
            Belanda, Jerman dll.
·                     Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang 
            sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini
·                      

B. Sumbangan Ibn Battutah Kepada Perkembangan Tamadun Manusia


1. Pertambahan Ilmu Geografi
·                     Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, 
            Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China 
            dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.
·                     Catatannya tentang negeri2 tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat2 
            itu.
·                     Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 
           1353 Masihi.
2. Pensejarahan
·                     Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi 
            yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain.
·                     Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn 
            Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.
·                     Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang 
            berkaitan dengan dunia Islam.
·                     Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn 
            Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.
3. Memberi sumbangan kepada ilmu Sejarah
·                     Contoh ; Pengislaman Nusantara, India dll.
4. Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat), pakaian, makanan dll.
5. Bidang ekonomi
·                     Terutama kegiatan ekonomi
6. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh
·                     Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M.
·                     Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan 
            Muhammad Tughluq.
·                     Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan 
            Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.
7. Semangat mengembara kepada orang Islam
·                     Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut 
            jejak langkahnya.
·                     Beliau digelar oleh para orientalis sebagai “The Prince of Muslim Travellers”.
·                     Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan 
            pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.
Kesimpulan
1. Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan.
2. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda masyarakat Eropah.

Wednesday, October 31, 2012

IBNU HAITAM


NAMA TOKOH

  Abu Ali Muhammad bin al-Hasan bin al-Haitham al-Basri Al-Misri.
   Beliau lebih dikenali dengan nama samaran Ibnu Haitham.
  • Di dunia Barat beliau telah dikenali dengan beberapa nama seperti Alhazen, Avennathan, dan Avenetan, tetapi lebih terkenal dengan panggilan sebagai Alhazen.

LATARBELAKANG

  • Dilahirkan pada 354 H bersamaan dengan 965 M, di negeri Basrah, Iraq.
  • Beliau dibesarkan di bandar Basrah dan Baghdad, dua kota yang menjadi pusat ilmu pengetahuan Abbasiyah pada masa itu.
  • Di dua kota inilah beliau memulakan pendidikan awalnya sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan.
  • Keintelektualan Ibnu Haitham terbukti ketika beliau masih menjadi seorang pelajar dengan kecenderungan beliau terhadap pelbagai bidang ilmu. Beliau tidak jemu menimba ilmu pengetahuan, baik agama mahupun umum seperti ilmu matematik, fizik, astronomi, perubatan, falsafah, mantik dan lain-lain lagi.
  • Beliau adalah salah seorang tokoh cendakiawan sains yang terkenal dan termasyhur dengan ketinggian ilmunya di tanah Arab dan di benua Eropah pada zamannya.
  • Kemasyhurannya sebagai ilmuwan menyebabkan pemerintah Bani Fatimiyah di Mesir waktu itu, iaitu Pemerintah Khalifah Al-Hakim bin Amirillah (386-411H/996-1021M) mengundangnya ke Mesir. Maksud undangan Dinasti Fatimiyah itu adalah memanfaatkan keluasan ilmu yang dimiliki oleh Ibnu Haitham. Beliau diharapkan mampu mengatur banjir Sungai Nil yang kerap kali melanda negeri itu setiap tahun. Sayangnya, beliau tidak dapat mewujudkan rancangan takungan raksasa yang dibuatnya kerana kurang peralatan canggih yang ada pada masa itu. Untuk melindungi dirinya dari kemurkaan pemerintah, beliau kemudian meninggalkan pekerjaan itu dengan berpura-pura hilang ingatan. Sehingga pada tahun 1021 Sultan Al- Hakim bin Amirillah telah mangkat dan dari tarikh itulah Ibnu Haitham kembali normal dan aktif dalam kegiatan ilmu.
  • Ibnu Haitham datang berlindung dan mengabdikan diri di Universiti al-Azhar, dan terus menyambung usaha ilmiahnnya dalam bidang yang cukup saintifik. Beliau juga turut menterjemahkan buku-buku matematik dan falak ke bahasa Arab, terutama dari bahasa Latin.
  • Sebelum itu beliau telah pergi ke Andalusia (Sepanyol), kiblat ilmu pengetahuan Eropah pada masa itu. Di sana beliau mempelajari optik sehingga terkenal dalam bidang optik.
  • Pada tahun terakhir hayat beliau, beliau kembali ke Kaherah (Mesir) dan sebagai ahli matematik hingga akhir hayatnya.
  • Ibnu Haitham meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1039M katika usianya 74 tahun.

SUMBANGAN IBNU HAITHAM

* TEORI HUKUM PEMBIASAN (fenomena atmosfera)
  •  Selama di Sepanyol, Ibnu Haitham melakukan beberapa penyelidikan dan percubaan ilmiah berhubung dengan bidang optik. Penemuannya yang terkenal ialah “hukum pembiasan”, iaitu hukum fizik yang menyatakan bahawa sudut pembiasan dalam pancaran cahaya sama dengan sudut masuk Menurut pengamatan Ibnu Haitham, beliau berpendapat bahawa cahaya merah di kaki langit di waktu pagi (fajar) bermula ketika matahari berada di 19 darjah di bawah kaki langit. Sementara cahaya warna merah di kaki langit di waktu senja (syuruk) akan hilang apabila matahari berada 19 darjah di bawah kaki langit selepas jatuhnya matahari. Dalam fizik moden, hukum ini dikenali dengan nama “hukum pembiasan Snell” yang bersempena nama ahli fizik Belanda, Willebrord van Roijen Snell.
*TEORI PENGLIHATAN (optik)
  • Dengan menggunakan kaedah matematik dan moden fizik yang baik beliau dapat membuat eksperimen yang teliti, Ibnu Haitham telah meletakkan optik pada batu asas yang kukuh. Beliau telah menggabungkan teori dan eksperimen dalam penyelidikannya. Dalam penyelidikan, beliau telah mengkaji gerakan cahaya, ciri-ciri bayang dan imej dan banyak lagi fenomena optik yang penting. Beliau telah menolak teori Ptolemy dan Euclid yang mengatakan bahawa manusia melihat benda melalui pancaran cahaya yang keluar dari matanya. Tetapi menurut Ibnu Haitham, bukan mata yang memberikan cahaya tetapi benda yang dilihat itulah yang memantulkan cahaya ke mata manusia.

*CERMIN KANTA CEKUNG DAN KANTA CEMBUNG
§         Ibnu Haitham telan menggunakan mesin lathe (larik) untuk membuat cermin kanta cekung dan kanta cembung untuk penyelidikannya. Dengan ini beliau telah mengkaji tentang cermin sfera dan cermin parabolik. Beliau mengkaji Aberasi Sfera dan memehami bahawa dalam cermin parabola kesemua cahaya dapat tertumpu pada satu titik.

*TEORI BIASAN CAHAYA
§         Teori ini agak mengkagumkan, beliau telah menggunakan segi empat halatuju pada permukaan biasan beberapa abad sebelum Isaac Newton memperkenalkannya di dunia Barat. Beliau juga percaya kepada prinsip masa tersingkat bagi rentasan cahaya (Prinsip Fermat).

*AHLI BIDANG FALSAFAH
§         Ibnu Haitham telah disenaraikan diantara salah seorang ahli falsafah Aristo. Dikalangannya adalah sahabat beliau iaitu Ibnu Sina dan al-Biruni. Ibnu Haitham mendahului Kant lebih tujuh abad lamanya. Teori yang dilebalkan dari Kant sebenarnya datang dari beliau iaitu: “bahawa untuk mencapai kebenaran hendaklah dengan mengetahui pendapat-pendapat yang berunsur kepada kenyataan yang dapat digambarkan dengan akal rasional”.

*BIDANG ASTRONOMI
§         Beliau melanjutkan pendapat ilmuwan Yunani tentang proses pengubahan langit abstrak menjadi benda-benda padat. Dalam karya astronominya, beliau melukis gerakan planet-plenet, tidak hanya dalam terma eksentrik dan episiklus, tetapi juga dalam satu model fizik. Pendapatnya banya mempengaruhi Dunia Pemikiran Barat pada zaman Johannes Kepler. Tiga abad kemudian karya ini ditukar dalam bentuk ikhtisar oleh astronomi muslim iaitu Nasiruddin at-Tusi.


*BIDANG FIZIK
§         Dalam bidang fizik Ibnu Haitham telah mengkaji tentang gerakan yang membawa beliau menemui prinsip intersia dan statik. Beliau telah mengasaskan dan menjadikan optik menjadi satu sains baru. Banyak kajian beliau telah mendahului dan diikuti oleh Francis Bacon, Leonardo da Vinci, dan Johannes Kepler.

KARYA-KARYA AGUNG IBNU HAITHAM

§         Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang produktif dan memiliki banyak karya penulisan dalam pelbagai cabang ilmu. Beliau telah menulis tidak kurang daripada 200 judul buku, namun hanya sedikit yang terselamat. Di antaranya ialah:

§         Maqalah fi Istikhraj Samt al-Qiblah(penyusunan kota), Maqalah fi hayat al-Alam(astronomi), Kitab fi al-Minasit(kamus optik), Fi al-Maraya al-Muhriqah bi al-Dawair(cermin yang membakar), Maqalah fi Daw al-Qamar(cahaya dan gerakan langit), Zawahir al-hasaq(gejala senja), Fi Kayfiyat al izlal, Fi al-Asar Allazi al-Qamar, Fi ad-Dawar, Fi al-Makan, fi al-Mulumar, Fi Misahat al-Mujassamah al- Mukafi, Fi Irtifa al-Quth, semua itu adalah tentang kajian ilmu fizik dan astronomi. Karya-karya tersebut adalah berhubung dengan ilmu fizik dan matematik, iaitu di antara ilmu yang sangat dikuasainya, hampir keseluruhannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah.

§         Ibnu Haitham juga pernah menulis empat buah risalah tentang ilmu cahaya dan ilmu ukur. Risalah-risalah tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman dan telah tersebar dengan meluas di Eropah sejak tahun 1907M.

§         Al-Munadzir adalah satu daripada karya Ibnu Haitham yang teragung tentang bidang kajian optik dan buku tersebut pernah menjadi rujukan kepada para ahli kaji optik selepasnya. Karya ini diterjemahkan oleh Witelo pada tahun 1270M dan kemudiannya diterbitkan oleh F. Risner pada tahun 1572M dengan namaThesaurus Opticae.



KESIMPULAN

Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan "diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropah masih diselubungi dengan kegelapan. Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

        Setelah dikaji mengenai latarbelakang kehidupan Ibnu
 Haitham, dapat kita memberi kesimpulan bahawa Ibnu Haitham adalah seorang tokoh ilmuwan Islam yang sangat disegani dan termasyhur pada zamannya. Azam beliau untuk meningkat taraf hidup umat Islam dan usahanya mendekatkan diri kepada Allah tidak sia-sia. Ibnu Haitham tidak pernah puas menuntut ilmu sehingga penghujung nafasnya yang terakhir. Berkat hasil usaha dan ikhtiarnya beliau telah menjadi seorang cendakiawan yang terkenal. Beliau bukan sekadar tokoh ilmuwan sahaja, malahan beliau amat menitik beratkan pendidikan agama sepanjang beliau menuntut ilmu. Ibnu Haitham memainkan pengaruh yang besar di tanah Arab dan juga seluruh dunia Barat. Beliau telah memberikan sumbangan besar dalam dunia ilmu pengetahuan moden. Contohnya, teori optiknya mempengaruhi ilmuwan Eropah seperti Roger Bacon dan Johannes Kepler. Penyelidikan ilmiahnya menjadi asas penyelidikan yang kemudian diguna pakai dan dikembangkan di Barat. Sebagai seorang penuntut perlulah kita mencontohi beliau dan sebagai pendorong semangat untuk meningkatkan mutu pembelajaran serta mendekatkan diri  kepada Allah SWT.

Followers