Islam Ornamental Art 2

Thursday, November 1, 2012

IBNU BATUTAH


IBNU BATUTAH
Beliau adalah seorang pengembara yang hebat.. Lahir di Tangier 17 Rajab 703 H/ 25 Februari 1304. Nama lengkapnya ialah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim At-Tanji, bergelar Syamsuddin bin Battutah. Sejak kecil, Ibnu Batutah dibesarkan dalam keluarga Islam yang taat beragama. Ibnu Batutah begitu tertarik untuk mendalami ilmu-ilmu fikih, sastera dan syair Arab. Semasa remajanya, ketika itu dunia Islam terpecah-pecah kepada beberapa kerajaan dan dinasti.
Namun beliau sempat mengalami zaman kejayaan Bani Marrin yang berkuasa di Moroko pada abad ke-13 dan 14 M. Latar belakang Ibnu Batutah begitu jauh berbeza bila dibandingkan Marco Polo seorang peniaga dan Columbus yang juga pengembara. Di samping memiliki sifat-sifat begitu, Ibnu Batutah juga adalah seorang teologis, sasterawan puisi dan cendekiawan, serta humanis, ertinya melebihi kehebatan dua sejarawan tadi. Dikatakan juga hasil pencapaian Ibnu Batutah yang luar biasa itu, konon telah dirampas dan disembunyikan Kerajaan Perancis semasa menjajah benua Afrika dulu.
‘Kehebatan Ibnu Batutah hanya dapat dibandingkan dengan pelancong terkemuka Eropah, Marcopolo (1254 M -1324 M)..” Demikian ujar sejarawan Brockelmann mengagumi ketangguhan pengembara Muslim itu.
Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Saat itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah.’ Antara tulisan dalam buku catatannya ‘Rihlah’.
Di situlah mulanya detik perjalanan beliau.
‘Selama hampir 30 tahun, dia telah mengunjungi tiga benua mulai dari Afrika Utara, Afrika Barat, Eropah Selatan, Eropah Timur, Timur Tengah, India, Asia Tengah, Asia Tenggara, dan Cina. Perjalanan panjang dan pengembaraannya mengelilingi dunia itu mencapai 73 ribu mil atau sejauh 117 ribu kilometer. Tak heran, bila kehebatannya mampu melampaui sejumlah penjelajah Eropah yang diagung-agungkan Barat seperti Christopher Columbus, Vasco de Gama, dan Magellan yang mulai berlayar 125 tahun setelah Ibnu Batutah.
Sejarawan Barat, George Sarton, mencatat jarak perjalanan yang ditempuh Ibnu Batutah melebihi pencapaian Marco Polo. Tak heran, bila Sarton geleng-geleng kepala dan mengkagumi ketangguhan seorang Ibnu Batutah yang mampu mengarungi lautan dan menjelajahi daratan sepanjang 73 ribu mil itu. Sebuah pencapaian yang tak ada duanya di masa itu.’ Lihat Republika oleh Heri Ruslan ‘Ibnu Batutah, Kisah Sang Pengembara’ yang disiarkan semula web. www.Kebun Hikmah.Com. Khamis, Mei15 2008.
Panjang ceritanya. Ringkasnya, mari kita lihat bagaimana beliau membuat liputan ketika terdampar di Samudera Pasai Asia Tenggara, semasa kerajaan Islam pertama di Nusantara pada abad ke-13M, iaitu di bumi Aceh Serambi Mekah selama 15 hari pada tahun 1345.
Ibnu Batutah melukiskan Samudera Pasai dengan begitu indah… ‘Negeri yang hijau dengan kota pelabuhannya yang besar dan indah.
Beliau disambut oleh pemimpin Daulasah, Qadi Syarif Amir Sayyir al-Syirazi, Tajudin al-Ashbahani dan ahli fiqih kesultanan. Menurut Ibnu Batutah, masa itu Samudera Pasai telah menjelma sebagai pusat studi Islam di Asia Tenggara.
Sultan Mahmud Malik Al-Zahir adalah seorang pemimpin yang sangat mengkedepankan hukum Islam. Peribadinya sangat rendah hati. Ia berangkat ke masjid untuk sholat Jumaat dengan berjalan kaki. Selesai sholat, sultan dan rombongan biasa berkeliling kota untuk melihat keadaan rakyatnya.”Cerita beliau.
Menurut Ibnu Batutah, penguasa Samudera Pasai itu memiliki ghirah belajar yang tinggi untuk menuntut ilmu-ilmu Islam kepada ulama. Dia juga mencatat, pusat studi Islam yang dibangun di lingkungan kerajaan menjadi tempat diskusi antara ulama dan elit kerajaan. Selama berpetualang mengelilingi dunia dan menjejakkan kakinya di 44 negara, dalam kitab yang berjudul ‘Tuhfat al-Nazhar’, Ibnu Batutah telah bertemu dengan tujuh raja yang memiliki kelebihan yang luar biasa.
Ketujuh raja yang dikagumi Ibnu Battuta itu antara lain..
i...Raja Iraq yang dinilainya berbudi bahasa;
ii..Raja Hindustani yang disebutnya sangat ramah;
iii.Raja Yaman yang dianggapnya berakhlak mulia;
iv.Raja Turki dikaguminya kerana gagah perkasa;
v..Raja Romawi yang sangat pemaaf;
vi.Raja Melayu Malik Al-Zahir yang dinilainya berilmu pengetahuan luas dan mendalam.
vii.Raja Turkistan.
Beliau mengakhiri catitan perjalanannya dengan sebuah kalimat, ''Akhirnya aku sampai juga di kota Fez (Moroko).'' Di situ dia menuliskan hasil pengembaraannya, dan meninggal dunia di Maroko pada pada tahun 1377 M. Ibnu Batutah telah memberitahu bahawa pada abad pertengahan, peradaban telah tumbuh dan berkembang di bumi Nusantara, sejajar dengan raja-raja lain di dunia.
Di situlah antara rahsia yang tersirat di sebalik banyak ayat-ayat Al-Quran memerintah umatnya mengembara dan menjelajah mukabumi seperti Ibnu Batutah itu. Antaranya Surah Ar-Rum: ayat 9, An-Nahl: Ayat 36 dan banyak lagi.
Kesimpulannya, pada saya tidaklah layak nama Ibnu Hasyim nak disejajarkan dengan Ibnu Batutah seperti yang dijelaskan awal-awal tadi. Belalang takkan boleh jadi helang… walaupun sama-sama bunyi akhirnya ‘lang’. Atau nama awalnya sama-sama 'Ibnu'.

Latar belakang Ibn Battutah
1. Nama sebenar : Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Ibrahim al-Lawati
2. Dilahirkan di Tamjah @ Tenger sebuah daerah di Magribi pada tahun 703H/1304M
3. Memulakan pengembaraannya ketika berusia 21 tahun
4. Hasil pelayarannya tercatat dalam sebuah buku yang bertajuk Rihlah yang dianggap sebagai dokumen sejarah yang terkenal untuk kajian sosial, ekonomi, politik dan budaya di dunia Islam pada kurun ke-14 M.
5. Beliau ialah seorang ilmuwan dalam bidang pelayaran, agama dan bahasa.
6. Pernah menjadi kadi di negerinya dan beberapa negeri lain yang dilawatinya.
7. Ilmu agamanya tinggi terutama berkenaan dengan perundangan Islam dan mazhab Maliki.
8. Beliau telah mengembara ke seluruh negara Islam seperti Mesir, Arab, Iran, Iraq & India, Asia Timur seperti Anatolia dan China
9. Keseluruhan pengembaraan 120 000 kilometer antara tahun 1325-1353 M.
1. Pengembaraan peringkat pertama:
·                     Melalui kota di Utara Afrika seperti Telemsan, Algeria dan Bongie hingga sampai ke   
            Hafaz.
·                     Kemudian beliau mengikut kafilah haji ke Tripoli dan ke Iskandariah (pelabuhan penting 
            di Mesir)
·                     Setelah tiba di Kaherah, beliau terus menjelajahi seluruh Mesir.
·                     Beliau meneruskan perjalanannya melalui pesisir Laut Mesir menuju ke Palestin melalui 
            Sinai dan mengunjuni Baitul Maqdis
·                     Beliau terus ke utara untuk ke Syria.
·                     Kemudian beliau ke Damsyik (di selatan)
·                     Seterusnya beliau menunaikan fardu haji ke Makkah.
2. Pengembaraan peringkat kedua:
·                     Dari kota Makkah, beliau menuju ke selatan Iraq.
·                     Kemudian beliau ke selatan Parsi dan ke kota Baghdad.
·                     Selepas itu beliau ke Tabriz, utara Mesopotamia dan kembali semula ke Baghdad
·                     Dari Baghdad beliau kembali semula ke Makkah.
·                     Dalam perjalanan dari Makkah menuju ke selatan Iraq, beliau terpaksa menghadapi 
            pelbagai cabaran.
·                     Di kawasan selatan Iraq, beliau menyeberangi Sungai Furat dan Sungai Dajlah untuk 
            pergi ke Parsi.
·                     Apabila sampai di Parsi, beliau mengunjungi bandar-bandar seperti Syiraz dan Isfahan 
            dan akhirnya sampai di Baghdad.
·                     Setelah itu, beliau kembali semula ke Makkah dan berada di sana selama kira-kira 2-3 
            tahun untuk mendalami ilmu agama.
3. Pengembaraan peringkat ketiga:
·                     Dari Makkah beliau menghala ke Yaman melalui Laut Merah menuju ke pantai Timur 
            Afrika dan menyusur pantai selatan Semenanjung Arab hingga ke Oman dan Bahrain.
·                     Dari Teluk Parsi, beliau kembali semula ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji kali 
            ketiga.
·                     Kemudian beliau belayar menerusi Laut Merah menuju ke Sudan, Nubiah dan Mesir 
            Utara hingga sampai ke Kaherah.
·                     Seterusnya beliau meneruskan perjalanan ke Syria.
·                     Kemudian beliau belayar ke pantai Turki pada 733M.
·                     Seterusnya beliau ke pantai Boshoras, yang diperintah oleh Uzbek Khan.
·                     Beliau berada lebih kurang sebulan di Constantinople,
4. Pengembaraan peringkat keempat:
·                     Setelah menunaikan haji, Ibn Batuttah memulakan pengembaraan peringkat 
            keempatnya ke Turki, Asia Kecil, Bulgaria, selatan Rusia
·                     Kemudian beliau ke India melalui Bukhara, Samarkand, Balkh, Khurasan, Afganistan 
            hingga ke kawasan Sungai Indus.
·                     Dalam perjalanan ke China, beliau singgah di Sumatera dan Jawa.
·                     Di China, beliau singgah di pelabuhan Zaitun dan melawat beberapa daerah termasuk 
            Peking.
·                     Kemudian beliau pulang ke negeri asalnya, Maghribi.
·                     Kemudian beliau pergi ke Tanjah dan terus ke Sepanyol.
·                     Beliau menyeberangi Laut Mediterranean menuju ke Andalusia dan mengunjungi 
            pelabuhan dan kota-kota besar di Andalusia.
·                     Kemudian belaiau belayar kembali ke Maghribi dan seterusnya ke Sudan melalui 
            padang pasir Sahara.
·                     Akhirnya beliau kembali semula ke Maghribi.
5. Menulis bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn Battutah)
·                     Merupakan rekod pengembaraan Ibn Batuttah selama 28 tahun.
·                     Kitab ini telah menarik perhatian sarjana Sejarah di seluruh dunia.
·                     Buku ini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, 
            Belanda, Jerman dll.
·                     Cerita pengembaraannya telah direkodkan itu menjadi satu sumber sejarah yang 
            sangat tinggi nilainya hingga ke hari ini
·                      

B. Sumbangan Ibn Battutah Kepada Perkembangan Tamadun Manusia


1. Pertambahan Ilmu Geografi
·                     Ibn Batuttah berjaya mengembara hampir ke semua negara Islam termasuk Mesir, 
            Syria, Arabia, Iraq, Iran , India (semasa pemerintahan Muhammad Ibn Tughluq), China 
            dari Chuan Chou ke Peking, Kepulauan Nusantara dan juga Constantinople.
·                     Catatannya tentang negeri2 tersebut telah mendalami pengetahuan geografi tempat2 
            itu.
·                     Beliau juga telah mengembara sejauh 75,000 batu di antara tahun 1325 hingga tahun 
           1353 Masihi.
2. Pensejarahan
·                     Beliau berjaya menemui ramai pemerintah, wazir dan juga pegawai-pegawai tinggi 
            yang majoritinya boleh dipastikan dengan sumber2 lain.
·                     Hubungannya dengan mereka tercatat dalam bukunya “Rihlah” (Pengembaraan Ibn 
            Battutah) yang boleh dianggap sebagai dokumen sejarah.
·                     Dalam buku itu aspek sosial, ekonomi dan politik boleh didapati terutamanya yang 
            berkaitan dengan dunia Islam.
·                     Banyak diketahui tentang Anatolia, India di bawah pemerintahan Muhammad ibn 
            Tughluq, Afrika Timur dan Barat dan Maldives.
3. Memberi sumbangan kepada ilmu Sejarah
·                     Contoh ; Pengislaman Nusantara, India dll.
4. Sumbangan terhadap ilmu sosiologi dan antropologi (budaya masyarakat), pakaian, makanan dll.
5. Bidang ekonomi
·                     Terutama kegiatan ekonomi
6. Perkembangan dalam bidang ekonomi politik pembesar di India dan Acheh
·                     Catatan ini lakukan ketika Ibn Battutah singgah di India pada tahun 1333M.
·                     Di sini beliau pernah dilantik menjadi kadi besar di bawah pemerintahan Sultan 
            Muhammad Tughluq.
·                     Beliau juga pernah singgah di Pasai , Utara Sumatera dan bertemu dengan Sultan 
            Malik al- Zahir yang memerintah kerajaan Pasai.
7. Semangat mengembara kepada orang Islam
·                     Pengembaraannya telah memberikan nafas baru kepada pengembara2 lain mengikut 
            jejak langkahnya.
·                     Beliau digelar oleh para orientalis sebagai “The Prince of Muslim Travellers”.
·                     Pengembarannya selama 28 tahun juga meletakkan beliau setaraf dengan 
            pengembara2 terkenal seperti Marco Polo.
Kesimpulan
1. Ibn Batuttah adalah seorang tokoh pengembara dan ahli pelayaran Islam yang terkenal pada zaman pertengahan.
2. Pengalaman pengembaraannya selama 28 tahun telah dibukukan dan membuka minda masyarakat Eropah.

1 comment:

  1. Assalamualaikum.... izinkan saya membuat rujukan dengan blog Puan/Cik....untuk assignment saya :)

    ReplyDelete

Followers