Menurut Tenas Effendy, nilai-nilai asas kemelayuan terangkum dalam
“Pakaian Duapuluh lima” atau “Sifat dua puluh lima”. Nilai-nilai ini meresap
dan berakar umbi menjadi sifat masyarakat Melayu. Ini menyebabkan anak Melayu
“menjadi orang” yang sempurna lahirian dan batiniah. Inilah asas jati diri
Melayu. Nilai-nilai tersebut adalah seperti berikut:
i. Sifat tahu asal mula jadi, tahu berpegang pada Yang Satu.
ii. Sifat tahu membalas budi.
iii. Sifat hidup bertenggangan, mati berpegangan.
iv. Sifat tahukan bodoh diri.
v. Sifat tahu diri.
vi. Sifat hidup memegang amanah.
vii. Sifat benang orang.
viii. Sifat tahan menentang matahari.
ix. Sifat tahu menyimak, pandai menyimpai.
x. Sifat menang dalam kalah.
xi. Sifat tahan berkering, mau berbasah.
xii. Sifat tahu unjuk dengan beri, tahu hidup bertenggangan.
xiii. Sifat timbang dengan sukat.
xiv. Sifat tahukan malu.
xv. Sifat berpada-pada.
xvi. Sifat ingat dengan minat.
xvii. Sifat hemat dan cermat.
xviii. Sifat tahu harta berpunya, tahu pinjam memulangkan.
xix. Sifat tahu hidup meninggalkan, tahu mati mewariskan.
xx. Sifat lasak mengekas, tekun mengais.
xxi. Sifat menggulat air setimba.
xxii. Sifat merendah menjunjung tuah.
xxiii. Sifat lapang terbuka tangan.
xxiv. Sifat berbaik sangka.
xxv. Sifat Yang Pucuk.
Nilai-nilai murni ini dikuatkan dengan adanya nilai-nilai yang
dipantang oleh orang Melayu. Nilai pantang ini dikenali dengan “Pantangan anak
Melayu”. Nilai ini juga berjumlah dua puluh lima sebagaimana nilai “Sifat dua
puluh lima“. Kerana itu, nilai ini juga dikenali dengan “Pantangan yang dua
puluh lima.“ Pantangan tersebut adalah seperti berikut :
i. Membelakangi syarak
ii. Durhaka kepada orang tua
iii. Membuang adat lembaga
iv. Bermanja-manja
v. Mengada-ada
vi. Berlengah-lengah
vii. Besar kepala
viii. Buta keta atau mata kayu
ix. Bercawat ekor
x. Makan menghabiskan
xi. Bercabang lidah
xii. Jilat menjilat
xiii. Meminta-minta
xiv. Menjilat ludah
xv. Membuang petuah
xvi. Bermegah-megah
xvii. Membabi buta
xviii. Lupakan hutang
xix. Berburuk sangka
xx. Muka tebal atau tebal muka
xxi. Mencampakkan beban di bahu
xxii. Mengoyak baju di badan
xxiii. Menggunting dalam lipatan
xxiv. Menjala angin
xxv. Kerja tak menyudah
Nilai-nilai kemelayuan yang dibentangkan di atas menggambarkan
jatidiri Melayu yang murni dan mantap. Jatidiri ini menjadikan masyarakat
Melayu mampu menghadapi sebarang cabaran dan kemungkinan.
salam puan...boleh tanya tak tajuk buku pasal nilai2 tamadun melayu?
ReplyDeleteMaaf boleh tanya? Apa saja nilai nilai tahu menyemak pandai menyimai dalam implementasi disekitar lingkungan kitaa
ReplyDelete